Selasa, 28 Julai 2009

Meniti Hari....

Assalamualaikum.....

Dingin pagi nie dapat aku rasakan kesejukkannya. Hmm... semakin hari semakin menyakitkan. Sampai bila dapat aku bertahan aku sendiri x tahu. Tiap minggu aku mengunjungi tempat paling aku x suke. Tapi apakan daya aku, sakitnya semakin hari semakin memeritkan. Menyakitkan setiap inci tubuh aku. Terasa lemah diri aku saat ini. Tapi aku kuatkan semangat aku untuk ku hadapi semua ini. Aku perlu berjuang untuk melawan kesakitan ini. Sampai keakhir hayat aku. Tanpa pengetahuan keluarga aku hadapi semua ini bersendiri.
Aku senyum untuk menyembunyikan kesakitan aku. Aku ketawa untuk melupakan tentang kesakitan aku. Percaya @ tidak itulah aku. Tak ada sape tahu betapa seriusnya perkara yang ku tanggung hingga hari nie. Senyum n tawa aku mampu menyembunyikan segala-galanya. Buat insan yang pernah aku sayangi dulu, andai dirimu ketemu coretanku ini, ketahuilah hingga saat ini aku masih mencintai dirimu sepenuh jiwaku. Hingga hujung nyawaku hanya diri mu pertama n terakhir ku serahkan cinta sejati ku. I ada alasan sendiri kenapa i tak dapat menerima u kembali. Bukan bermakna i bencikan u, untuk semalam hari ini dan selamanya i hanya cintakan u, sebagaimana u cintakan i.
Terimalah hakikat mustahil untuk kita hidup bersama. I sentiasa doakan kebahagiaan yang sudah u miliki kini. Kebahagiaan u, kebahagiaan i juga. Tidak pernah i kesali dengan keputusan yang telah i putuskan. Kerana jawapannya sudah i ketahui. U... terimalah ape yang berlaku ini dengan redha. Sesungguhnya i amat bahagia bila bersama diri u. Kerana hatiku tenang bila bersamamu. Mendamaikan jiwaku. Hadirmu mengisi kesunyian setiap ruang hidupku. U.. walaupun hanya untuk seketika tetapi i bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan