Jumaat, 17 Julai 2009

Kehilangan...

Assalamualaikum....

Terfikir aku pasal 'Bagaimana rasanya kehilangan orang yang kita sayang'. Aku penah mengalami situasi ini berulang kali. 1 per 1 org yg aku sayang pergi dari hidupku. Terfikir aku pasal hal 2 masa aku nk dtg keje td. Entah knp aku sendiri tak tahu.

Aku menghadapi dugaan pertama kehilangan bila ibuku pergi menghadap illahi. Masa 2 aku bru b'usia 8 thn. Kecil lg kan. Tapi itu lah yg perlu aku hadapi saat itu. Perasaan aku??? x dpt nak aku gambarkan perasaan aku masa 2. Mmg kecil la aku masa 2. Tapi sapa x dpt meneka bila kali pertama aku melihat air mata keluar dari mata daddy aku. Ya, masa 2 aku dpt merasa mummy dah meninggalkan kami semua. Aku x thu masa 2 ape perasaan aku. Aku x menangis tpi aku rasakan dunia aku sepi. Hampir setahun kisah itu berlalu. aku alami lg skali lg kehilangan. Kali ini aku tabah. Nenda ku pergi...... Satu per satu aku alami kehilangan ahli keluargaku. Semua itu yg memang rapat dengan aku.

Berlainan pulak bila aku dewasa. Saat aku boleh menerima kehilangan aku d uji sekali lg. Tunang aku terlibat dalam kemalangan. Sinar yg baru aku rasakan terasa kelam kembali. Dunia yg ku ciptakan terasa sepi. Aku mengurungkan diri. Menyisihkan diri dari dunia sebenar, dunia yg kuciptakan aku masih memiliki arwah adam. Begitu teruk keadaan aku waktu itu. Sehinggakan aku bertemu 'dia'. Orang yang banyak memberikan ku semangat. Dia menghulurkan tangan untuk membantu ku dari terus tenggelam dari dunia khayalanku. Syukur kerana dia aku kembali ceria seperti dulu. Saban hari x jemu dia menghubungi aku bertanyakan khabar. Pada mulanya hanya sebagai teman biasa. Kasih sayang yang di semai bersama menbuahkan perasaan rindu yg berbeda. Dari situ lahirlah perasaan cinta dari dalam diri masing-masing. Siapa sangka dia mampu membuat aku tertawa setelah sekian lama aku seperti boneka. Ya, aku bersyukur kerana b'temu dgnnya. Seorang yg penyabar dgn karenah aku. Sifat penyabar dia benar2 membuka pintu hatiku untuk menerima hakikat aku masih memiliki sayang, rindu dan cinta. Perasaan yang sudah lama terkubur bersama-sama arwah adam.

Sehingga aku menerima email terakhir dari dia. Bergenang kelopak aku dengan air mata yg aku tahan. Saat aku menulis coretan ini terdengar lagu 'pada syurga diwajahmu' nyayian Nash. Tercari-cari dimanakah silapnya berantakkan hubungan ini. Dia sendiri ckp hubungan ini tiada masalah. Mana mungkin hubungan yg tiada masalah tiba- tiba retak. Setelah dia adalah segala-galanya padaku. Kenapa semua ini terjadi??? "Sepi hati tejadi lagi, mungkin sampai mati aku sepi...." lirik lagu ini bt air mata ku x jemu untuk mengalir. Teman yang paling setia dalam hidup aku. Sehingga hari nie aku masih tertanya-tanya punca perpisahan kami. Walaupun dia pernah menghubungi aku kembali, tpi lidah aku seakan- akan kelu untuk bertanya. Soalan itu terkubur dengan ingatan rinduku padanya. Aku tak pernah berhenti merindu dirinya. Tapi, hati siapa x luluh bila berhadapan situasi yang aku hadapi. Dugaan demi dugaan aku terima. Dugaan demi dugaan jugalah aku hadapi sehingga hari ini. Aku masih teringat lagi kata2 dia pada aku bila aku tanya "sebanyak mana sayang u pada i?". dan jawapannya "Alot.. i can't count it. If u stand up, n u can see the sky. As far u can see.. That much my luv 2 u.." Hari ini bila aku merenung bintang d langit, aku mencari-cari bintang yang pernah dia berikan padaku dulu.

Kerlipannya hilang bersama kenangan. Tercari-cari cahaya yang pernah dberikannya dulu. Namun apalah dayaku. Aku hanya insan biasa. Aku pernah mencuba bercinta lg. Namun aku masih juga gagal. Dan akhirnya aku buat keputusan yang aku x nk bercinta lg. Perlukan aku lakukan smua 2? Aku sendiri pun x de jawapan 2. Segalanya mungkin. Perjalanan hidupku masih jauh, tapi sempatkah untuk aku sampai pada tempat yang ku tuju. Kesihatan aku merosot dengan teruk saat aku terlalu rindukan dia.(to be continue)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan