Rabu, 28 Oktober 2009

Entah la,,,,,

Dah lama rasanya aku x menulis dalam blog nie. Entah masih ada masa untuk aku meluahkan apa yang terbuku dihati. Penat untuk aku memikirkan hal diri orang lain. Sedangkan aku mengabaikan diri aku sendiri. Tapi pernahkah dia memikirkan pengorbanan yang telah aku lakukan selama ini. Mungkin tiada makna dalam dirinya kerana bukan aku yang dicintainya. Sampai bila aku sendiri tak pasti. Hanya dia yang mengetahui.

Pejalanan hidup aku makin hari makin tiada arah tujuan. Aku kesepian. Dia semakin jauh dari hidupku. Hmm.... adakah hidup ini seindah mimpi. Jika ya tentu semua orang lebih rela bermimpi dari hidup di dunia reality. Kenapa aku sering dilukai, dimanakah salah diriku ini. Sukar untuk aku nyatakan perasaan ini saat ini. Tiada yang memahami. Hancur hati aku tak dapat nak ku gambarkan. Pedihnya menusuk jiwa. Apa lagi dugaan yang nak di berikan kepada aku.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Puaskan......

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo..
Sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku

Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

Selasa, 13 Oktober 2009

jujurkah dia pada aku saat ini.....

Menghitung hari.....

Saat ini aku hanya menghitung hari untuk di hukum. Berserabut kepala aku memikirkan hal nie. Dugaan ape yg akan aku terima lagi lepas nie. Tersiksa rasanya diri aku. Tak tahu lah siapa yang lebih mengerti aku saat ini. Apa yang aku mampu lakukan saat ini hanya berdoa.

Rabu, 7 Oktober 2009

Hmm.....

Penatnya terasa diri aku saat ini. Letihnya bukan kerana kudratku yg bekerja tetapi memikirkan hati dan perasaan orang lain.

Isnin, 5 Oktober 2009

.....

Ya Allah, kau tabahkan lah diri ku ini untuk menempuh dugaan dari mu. Sesungguhnya aku insan yang lemah untuk menghadapi semua ini....

Jumaat, 2 Oktober 2009

Khamis, 1 Oktober 2009

Kekasih Hatiku.....


Hari ini esok dan selamanya ku kan setia bersama mu. Kasih selamanya untuk mu. Menanti hari bahagia bersama mu.....

Kan ku lepaskan semua kenangan lalu demi kasih mu untuk diri ku....

Pengorbanan ini.....

Hmm..... entah bagaimana untuk aku mulakan coretan ku kali ini. Jari jemari ku seakan- akan kaku setelah sekian lama aku menyepi. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir2 ini. Suka duka ku hadapi sendirian. Perasaan aku seperti hilang. Hidup hanya untuk perkara yang aku sendiri tak pasti.

Terbuka segala rahsia dihati. Dapatkah aku puaskan hatinya dengan segala apa yang telah aku ceritakan padanya. Harapan aku biarlah semua ini berakhir sebelum ku menutup mataku. Tak mampu untuk uku puaskan hati semua orang sedangkan hati ku menderita sepanjang hayatku. Aku hanya mampu buat orang tersenyum n ketawa, tapi siapakah mampu untuk membuatkan aku tersenyum? Sehingga hari ini belum ku temui. Setiap masa aku hadapi segalanya dengan tabah n air mata ku menjadi peneman yang setia. Setiap langkah ku, setiap detik jantung ku hanya menghitung hari.

Masa yang berlalu begitu saja. Pengorbanan, aku cuba fahami maksud perkataan ini. Dulu aku terlalu banyak berkorban bukan saja untuk diri aku malah untuk diri orang lain juga.