Khamis, 1 Oktober 2009

Pengorbanan ini.....

Hmm..... entah bagaimana untuk aku mulakan coretan ku kali ini. Jari jemari ku seakan- akan kaku setelah sekian lama aku menyepi. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir2 ini. Suka duka ku hadapi sendirian. Perasaan aku seperti hilang. Hidup hanya untuk perkara yang aku sendiri tak pasti.

Terbuka segala rahsia dihati. Dapatkah aku puaskan hatinya dengan segala apa yang telah aku ceritakan padanya. Harapan aku biarlah semua ini berakhir sebelum ku menutup mataku. Tak mampu untuk uku puaskan hati semua orang sedangkan hati ku menderita sepanjang hayatku. Aku hanya mampu buat orang tersenyum n ketawa, tapi siapakah mampu untuk membuatkan aku tersenyum? Sehingga hari ini belum ku temui. Setiap masa aku hadapi segalanya dengan tabah n air mata ku menjadi peneman yang setia. Setiap langkah ku, setiap detik jantung ku hanya menghitung hari.

Masa yang berlalu begitu saja. Pengorbanan, aku cuba fahami maksud perkataan ini. Dulu aku terlalu banyak berkorban bukan saja untuk diri aku malah untuk diri orang lain juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan